KELAS FACIAL DAN SPA MURAH - THE WALKING BEAUTY PROJECT - Fenomena Spa Bergerak Terhangat di Malaysia!


Assalammualaikum n hai gojes!

     MasyaAllah, punye la sebok cik mi semenjak 2 menjak ni, sejak dari entry yg pertama bulan lepas, ni baru berkesempatan untuk 'mengemas' blog  yg dah mula bsawang :p 

     Salam Maulidur Rasul, rasanya masih belum terlewat utk diucapkan. Musim cuti sekolah ni cik mi bercuti di kampung mertua, Besut, Terengganu.  Kebiasaan ujung2 tahun ni musim banjir bagi negeri2 pantai timur. Tapi alhamdullillah balik baru ni, takde banjir walaupun musim hujan. Heee anak2 excited nk main banjir sbb banjir tahun sebelumnya kawasan umah mertua air naik paras betis, so anak2 punya seronok dapat main air. Habis tutup air tangki besar atoknya di lenjan buat 'sampan'. Aktiviti beriadah ngan anak2 agak terhad. Nak bawa mandi pantai n sungai pun tak bole memandangkan musim hujan. Sudahnya ke Rantau Panjang jela bawa anak2 soping.

    Walaupun cuti, cik mi masih lg bz layan pm/wa yg masuk bertalu2 dr customer bertanyakan vitamin yg cik mi jual. Nak setelkan order customer lagi. Dengan line slow cam siput sedut...sabo jelahhh. Tak kurang juga customer yg pm book slot spa ngan cik mi. Mesti uolss tertanya2 cik mi jual vitamin apa? n spa apa?

     Ye, cik mi jual vitamin Shaklee. Selepas 2 tahun menggunakan produk shaklee, cik mi terus join ahli. Mmg tak rugi memandangkan cik mi sendiri pengguna tegar produk shaklee. Sebelum ni beli kt SID lain. Skrg x lagi, cik mi amal, cik mi jual. Cik mi juga jadi testimoni diri sendiri taw. So sape2 yg ingin mendapatkan produk shaklee bole contact cik mi. Atau bole saje guna ID cik mi untuk wat pembelian sendiri. Walk in terus ke HQ n wat pembelian guna ID no cik mi. Halalan Thoyibban.
     Entry kali ni sebenarnya cik mi nak kongsikan lebih kepada Spa Bergerak Tanpa Kedai,  The Walking Beauty (TWB) yang cik mi join 3 bulan lepas. Punya la cik mi wat research sana sini, 1 day Allah nk tunjuk 'jalan' cik mi terbaca iklan kelas facial murah yg disiarkan oleh Fatin Adieyana, kecik molep manis orangnya. Syukur sgt2 Allah 'temukan' cik mi dgn dia. Fatin ni kira pangkat 'Mak' la ngan cik mi disebabkan cik mi daftar ahli Shaklee di bawah beliau. Apa kena mengena Shaklee dengan TWB ni??? haa nak taw baca sampai bawah hokkey. Di pendekkan cite cik mi terus decide join TWB. Dengan TWB, cik mi berpeluang belajar Facial Treatment dengan harga terlajak murah! seyes mmg murah giler. Hanya RM 750!!!. Habis belajar je terus cik mi wat spa sendiri dengan nama Abeer Mobile Spa n berjaya balik modal dalam tempoh sebulan. Yes hya sebulan! itupun secara part time bukan full time ye. Klu full time agak2 kowang dpat berapa? uitttt ada yg boleh dpt 4K sebulan taw. Duit kt dalam pic tu adalah duit 'tabung spa' cik mi. Cik mi sengaja selit dalam pic untuk kenangan n pembakar semangat.


      Sebelum cik mi terlibat ngan TWB ni, dh banyak cik mi google kelas facial tapi yang ni mmg paling murah n berbaloi. Sng cite ilmu/teknikyg diajar tu free taw. Harga yg kita bayar tu adalah untuk produk skincare yg kita dapat. Kalau di luar, yuran belajar saje paling koman RM 500! itu utk belajar saje. Barang dan lain2 tu sendiri usaha n sendiri bikin lorrr.

      Sepanjang kelas, cik mi diberi penerangan khas oleh Pengasas TWB sendiri iaitu MASTER AINUL SHAHRAZAD AB RAZAK, CEO Syarikat Ainul D Secrets Sdn Bhd. Beliau telah menubuhkan TWB pada tahun 2015. Dalam masa setahun lebih, sambutan yg diterima sangat luar biasa. TWB menjadi fenomena spa bergerak terhangat di Malaysia! Projek ini direka khas buat susur galur Shaklee di bawah Master Ainul. Setiap latihan yg di ajar adalah khusus utk produk2 Shaklee saje. DILARANG KERAS MENGGUNAKAN PRODUK LAIN SELAIN SHAKLEE. Setiap peserta juga wajib melaporkan setiap aktiviti, masalah n progress kepada Master Ainul atau Support Group.Cik mi diajar cara utk facial treatment, facial , cara2 melakukan home spa/mobile spa yang betul oleh beliau. Bukan itu saje, cik mi turut mendapat guide n support group berterusan sehingga kini...iyooooo sehingga kini cik mi masih lg 'di pimpin' oleh support group Master Ainul. Haaa mana mau dapat??? jowang tak tinggalkan cik mi terkontang kanting sowang2 tanpa hala tuju taw. Now cik mi bergelar beautician TWB.


     So disini cik mi listkan sekali lagi apa yg kita dapat dengan Pakej Belajar Facial TWB, Spa Bergerak tanpa kedai untuk rujukan bagi yg berminat.

Belajar Facial Team Walking Beauty:

- Trainning adalah percuma.
- Kos bayaran adalah untuk produk skincare (so, tak perlu pening pale untuk cari produk dah).
- Produk premium yang digunakan berkualiti setanding SK ll.
- Hands on practical trainning.
- Bimbingan percuma cara utk promosi, marketing, upgrade spa, motivasi dll. 
- Support Group berterusan. 
- Jana 4  income. Active Income dari spa, Passive Income & Recurring Income. (akan diterangkan lebih terperinci lepas join TWB.
- Sijil berdaftar SSM tutut diberikan.

       Sentuh bab produk yg digunakan. Bagus ke x? berkualiti ke? Selamat ke nak tonyoh kat muka customer t? Jangan risau dik nonnnn, cik mi guna 3 bulan lebih ni allhamdullillah takde dapat feedback negative dr customer. Kebanyakan semua jd customer regular lg hado! Bukan cik mi je guna, kesemua ahli TWB yg beratus2 orang kat luar sana pun guna skincare yg sama. Tak caya? Meh cik mi terang secara ringkas.  Produk yg digunakan adalah set Rangkain Nutriwhite Shaklee. Kelebihan Nutriwhiye (NW) ni berbanding brand lain adalah produk ini di jamin 100% natural, bebas bahan kimia, bebas paraben serta sangat berkualiti n berkesan. Tempoh 3 tahun research di jepun & US serta direka khas untuk kulit orang asia. Nak tengok camne ghupe set Skincare NW super hebakkkk ni? tuh kt bawah cik mi tepek siap ada bunga orkid lagi! Bunga orkid tuh tak termasuk pakej hokkey. Klu nak g cari sendiri.hihi



      Kita sambung cikit lagi pasal spa sebelum cik mi tamatkan entry ni jap lg. Punye la hebat fenomena TWB ni, cik mi baru je join 3 bulan ramai yg tertarik nk join. Baru2 ni cik mi mengajar trainer baru yg juga customer shaklee cik mi. Kelas private di rumah cik mi je. Belajar teori  n praktikal sampi pandai. Jadi sape2 yang berminat nak jana pendapatan sampingan n belajar facial murah boleh contact cik mi. InsyaAllah sama-sama kita berkongsi manfaat.








     Cukup la setakat ni cik mi 'mengarang'. Sekadar perkongsian cerita n pengalaman cik mi dalam dunia shaklee n spa yang masih baru. Bak kata orang, masih hijau lagi. Doakan cik mi berjaya n terus maju. Cik mi turut doakan anda semua berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi. Terima kasih sudi berkunjung di blog cik mi. Segala komen n teguran membina amatlah dihargai. Bye n jumpa lagi.Daaaa....







 
 













































































































































































































DUNIA BARU KU - Spa, Kesihatan dan Kecantikan

Assalammualaikum w.b.t 
Tq sangat2 sebab sudi melawat blog cik.

Alhamdullillah, atas dorongan kawan2 dan keinginan cik sendiri nak berkongsi cerita, syukur akhirnya cik ada blog peribadi cik sendiri. Happy banget!hehehe walaupun cik agak ketinggalan dari kawan2 lain. Zaman loni kebanyakan semua orang dah ada blog sendiri. Blog ni penting bagi sesetengah orang kerana ia merupakan salah satu medium untuk berkongsi cerita dan hobi. Ada juga yang menjadikan blog ni medium utk menjana pendapatan sampingan. Macam-macam tujuan la. Mudah-mudahan idea cik untuk menulis blog ni pun sentiasa mencurah2 :). Cik memang tak pandai bab2 mengarang ni, tapi takpe..sekurang2nya cik dah mulakan langkah pertama. Memang sebelum ni tak pernah terlintas langsung untuk menulis blog sebabnya cik memang failed bab2 mengarang ni. Ni masa tengah mengarang entry yang ni pun cik rasa mcm tengah menjawab kertas periksa....huhuhu

Ok sebelum cik berceloteh lagi panjang, ajummm kita berkenalan. Nama sebenar cik, Ummi Nad'rah Abbas. Panggil je Cik Mi. Berasal dari Selangor. Cik dah berkahwin dengan sorang jejaka terlajak laris dari negeri timur iaitu Mohd Fadzliadi bin Jamaluddin. Hasil perkahwinan, alhamdullillah kami dikurniakan 3 orang anak. No 1 Aniq Najamuddin, no 2 Seif Tareeq dan si bongsu  Abeer Sumayyah. Cukup takat tu kita berkenalan.hehehe Jangan dedah banyak sangat, kena private sikit. Bukan apa, boleh mendatangkan mudarat jika share informasi diri terlalu banyak. 

Kalau orang tanya tujuan cik menulis blog ni sebab apa?
Haaa cik mi menulis blog ni sebabnya nak berkongsi cerita, diulangi cerita, gosip tak termasuk ye. Banyak yg akan cik kongsikan antaranya tentang kecantikan, kesihatan, makanan, keluarga dan bermacam2 lagi la 'hal orang pompuan'. Tapi bukan malam ni la. Malam ni kita berkenalan je la dulu sambil minum kopi. Cik mi celoteh2 kosong je pong. InsyaAllah entry akan datang cik akan kongsikan cerita tentang penjagaan kecantikan dan kesihatan. 

Ok, cik rasa setakat ni je la celoteh cik, memandangkan mata ni dah rabak sebab hampir setiap malam tak cukup tido. Dengan keje dan projek2 lainnya. Projek pula memandang hado. Nak taw projek apa yang cik mi sebok wat sampi lambat tido ni...haa entry akan datang cik akan kongsikan sekali. InsyaAllah dengan izinNya. Tunggu.
Cik nak masuk tido dah ni. Sebelum tu cik ucapkan tq sekali lagi sebab sudi singgah sahur di blog cik mi ye, yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah dari cik sendiri. Sudi2kanlah beri komen yang membina. Gudnite!

 

Ummi Nad'rah Abbas_AbeerMobileSpa © 2016 | Design by Pawona Kreatif