Assalammualaikum w.b.t n salam sejahtera
Hi Gojes!!!
Ketemu lagi kita, thanx sudi meluangkan masa singgah di blog cik mi.
Alhamdullillah,
selesai juga kerja hari ni, mudah2an kita semua mendapat keberkatan dihari jumaat yang penuh barakah.
Sejak 2 minggu
lepas, everyday trainning menembak termasuk weekend, alhamdullillah 3-4 hari ni baru rasa lega, badan dah mula ok tak macam mula2 trainning. Mula2 tu habis sakit
sana sini, lenguh badan terutamanya bahu bawa ke tangan, sakit yang amat
sampaikan tido malam pun termimpi2..haaa teruk benar tu.
Tapi tu mula2
trainning la, sekarang dah fit sikit. Berkat kesabaran training dan exercise
secara konsisten, badan dah mula boleh terima. Nasib baik la cik mi pun memang
pengamal tegar vitalea, so takde masalah bab energy masa trainning..memang
ligat cam gasing. Dari pagi sampai malam boleh pecut lagi. Ok tutup cite bab
tu. Jom kita ke topic seterusnya.
Entry kali ni cik mi akan kongsikan tentang ‘FOOT SPA’. Apatu?? Kot ada
yang tak tahu..meh cik mi terangkan secara ringkas tentang rawatan foot spa yang sememangnya popular dan ‘WAJIB’ ada di setiap SPA!
FOOT SPA
Foot spa adalah
rawatan khusus membuang daki, kekotoran degil dan sel kulit mati yang menempel
di kaki. Ini bertujuan agar kaki yang kasar menjadi halus, lembab dan lembut
gitchew. Selain tu, foot spa ni dapat
memberi kelegaan pada kaki setelah seharian bekerja. Pokoknya rawatan ini
adalah rawatan paling bagus dan murah untuk kecantikkan kaki.
Muka cantik,
kaki pun harus cantik kan uols! Biar mr hub tengok kaki pun dah gerammm.
Kacip-kacip jew dia tengok!
Now, cik mi
akan kongsikan cara bagaimana nak buat foot spa sendiri di rumah. Save budget
beb. Kalau kat spa mau uols kena bayar rm50 paling cikai la tu. Jom #supermak
#superlady kita cekidottt. Masa untuk asah kakiiii
Bahan-bahan
yang diperlukan:
Ni ikut
kreativiti, kesesuaian dan bajet uols la.
* Mesin Foot
Spa/ Besen untuk rendaman kaki.
* Herba
Rendaman Kaki/Garam Bukit/Uncang Tea Green Tea.
* Body Scrub
Alfafa.
* Shower Gel.
* Hand Glove
Socks Skin/Sponge.
* Foot Buffer/Pedi
Spin/Pumice Stone.
* Foot
Moisturizer/Krim Herbal Blend.
* Tuala lap
kaki
Cara-caranya.
1. Tuangkan air
panas + air sejuk ke dalam besen/mesin foot spa…biar air tu rasa hangat
gitchew..ikut suhu yang uols rasa ok. Cik mi guna herba rendaman kaki TYT
memang best n murah! Garam bukit tu cik mi beli rm 10 je, bole dapatkan
dimana-mana kedai Toko Jamu.
Ok, dah masuk
air jangan lupa campur sekali uncang rendaman kaki, kalau takde gak guna je
uncang tea green tea pun bole. Bukan saja kandungan selamat dan semulajadi tapi baunya memberi
effect relaks pada kita, rendam kaki selama 20-30 minit. Masa ni la otot kaki
kita akan rasa relaks. Uols boleh je buh bunga dalam rendaman kaki tu, actually
selain herba..uols bole rendam dengan air susu/milk foot soak yang telah
dititiskan sedikit essential oil kegemaran.
2. Selepas
rendam, cuci dan buang segala daki kekotoran dikaki guna hand glove soaks skin,
titiskan sedikit shower gel..cik mi guna shower gel Palmolive AromaTherapy
Morning Tonic. Yess kita guna yang aroma-aroma jew..baru mood ala2 spa tu mai…feel
relaks, refresh n renew. Tenyeh slow2 guna glove soak dari kepala lutut turun
ke betis hingga ke kaki. Pastikan celah dan keseluruhan tapak kaki turut
dicuci. Then, bilas bersih n lap kering.
3. Next gunal Pumic Stone/Foot Buffering/Pedi Spin, gosok bahagian tapak kaki yang tebal dan kasar
tu..yang ada masalah tumit crack, time ni la uols nak tenyeh biar rata dan halus
biar terangkat habis sel kulit mati. Tenyeh slow2 dengan gerakan memutar. Tapi
bukan 1-2 buat bole terus hilang ye..take time juga, yang pentimg konsisten la
buat foot spa ni. Dah siap tenyeh, bilas bersih dan lap kering..guna tuala yang
sama its okey..tak perlu nak banyak2 tuala.
4. Time to scrubbing!. Cik mi guna scrub herba Alfafa memang best…best scrub ever! Kat
muka, badan semua memang tenyeh guna scrub Alfafa jew, kesan dia halus lain
macam. Memang syiok! Sama juga, tenyeh slow2 bermula dari kepala lutut bawa hingga
ke kaki. Lebihkan part yang uols rasa
agak kritikal keadaannya. Tenyeh sampai puas hati. Biar berpolohhh. Setel je,
bilas bersih dan lap kering. Selepas scrubbing ni kalau nak sapu foot mask pun
boleh, sapu masker ESP then biar 15-20 minit n bilas sekali lagi, tapi cik mi
skip yang ni.
5. Last sekali,
moisturizer guna Krim Herbal Blend, sapu perlahan-lahan di seluruh betis, lutut dan tapak kaki terutamanya bahagian tumit yang crack tu. Time ni uols boleh buat foot massage…kalau foot spa ngan cik mi, foot massage ni 10 minit taw..nerghhh memang best. Cik mi
guna Herbal Blend coz effect dia bagi merawat masalah kulit kasar dan tumit
crack memang berkesan, sampai sekarang tumit cik mi tak pernah crack lagi. Mr
hub suka cuit kaki ni time tido…worth it! Murah je RM 39, tenyeh tiap malam
takpe, tempoh penggunaan tahan sehingga 6 bulan.
Haaa siap, dah
boleh gantung kaki uols yang gebus tu tinggi2.
Ni dah ajar ni jangan tak buek pulok..senang je nak buek, sambil layan
movie pun boleh..lepaking terus depan tv.
Nak cantik
memang perlu rajin beb, ehhh malas pun bole..wa/pm je cik mi, booking slot foot
spa siap2 ngan cik mi. Dah tak perlu susah-susah nak tenyeh sental bagai kaki
tu. Taw2 siap jew.
Wokeeyy gojes, hope perkongsian kali ni dapat memberi manfaat pada semua.
Esok sabtu cik
mi tutup kedai 1 hari, ‘family time’ lak. Hari ahad dah ada customer booking
slot. Hope diberi kekuatan untuk setelkan job. Macam biasa kedai Shaklee by cik
mi masih beroperasi 24h ye..just pm/wa 018-3153495. Thanx again! Love uols xoxo.