DUNIA BARU KU - Spa, Kesihatan dan Kecantikan

Assalammualaikum w.b.t 
Tq sangat2 sebab sudi melawat blog cik.

Alhamdullillah, atas dorongan kawan2 dan keinginan cik sendiri nak berkongsi cerita, syukur akhirnya cik ada blog peribadi cik sendiri. Happy banget!hehehe walaupun cik agak ketinggalan dari kawan2 lain. Zaman loni kebanyakan semua orang dah ada blog sendiri. Blog ni penting bagi sesetengah orang kerana ia merupakan salah satu medium untuk berkongsi cerita dan hobi. Ada juga yang menjadikan blog ni medium utk menjana pendapatan sampingan. Macam-macam tujuan la. Mudah-mudahan idea cik untuk menulis blog ni pun sentiasa mencurah2 :). Cik memang tak pandai bab2 mengarang ni, tapi takpe..sekurang2nya cik dah mulakan langkah pertama. Memang sebelum ni tak pernah terlintas langsung untuk menulis blog sebabnya cik memang failed bab2 mengarang ni. Ni masa tengah mengarang entry yang ni pun cik rasa mcm tengah menjawab kertas periksa....huhuhu

Ok sebelum cik berceloteh lagi panjang, ajummm kita berkenalan. Nama sebenar cik, Ummi Nad'rah Abbas. Panggil je Cik Mi. Berasal dari Selangor. Cik dah berkahwin dengan sorang jejaka terlajak laris dari negeri timur iaitu Mohd Fadzliadi bin Jamaluddin. Hasil perkahwinan, alhamdullillah kami dikurniakan 3 orang anak. No 1 Aniq Najamuddin, no 2 Seif Tareeq dan si bongsu  Abeer Sumayyah. Cukup takat tu kita berkenalan.hehehe Jangan dedah banyak sangat, kena private sikit. Bukan apa, boleh mendatangkan mudarat jika share informasi diri terlalu banyak. 

Kalau orang tanya tujuan cik menulis blog ni sebab apa?
Haaa cik mi menulis blog ni sebabnya nak berkongsi cerita, diulangi cerita, gosip tak termasuk ye. Banyak yg akan cik kongsikan antaranya tentang kecantikan, kesihatan, makanan, keluarga dan bermacam2 lagi la 'hal orang pompuan'. Tapi bukan malam ni la. Malam ni kita berkenalan je la dulu sambil minum kopi. Cik mi celoteh2 kosong je pong. InsyaAllah entry akan datang cik akan kongsikan cerita tentang penjagaan kecantikan dan kesihatan. 

Ok, cik rasa setakat ni je la celoteh cik, memandangkan mata ni dah rabak sebab hampir setiap malam tak cukup tido. Dengan keje dan projek2 lainnya. Projek pula memandang hado. Nak taw projek apa yang cik mi sebok wat sampi lambat tido ni...haa entry akan datang cik akan kongsikan sekali. InsyaAllah dengan izinNya. Tunggu.
Cik nak masuk tido dah ni. Sebelum tu cik ucapkan tq sekali lagi sebab sudi singgah sahur di blog cik mi ye, yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah dari cik sendiri. Sudi2kanlah beri komen yang membina. Gudnite!

2 ulasan:

 

Ummi Nad'rah Abbas_AbeerMobileSpa © 2016 | Design by Pawona Kreatif