Rawatan Bekam/Bekam Bergerak Wanita Area KL by Abeer Mobile Spa


assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

hi uols! hi gojes! hi supermak! hi! hi! hi!

first, nak say tenkiu for ols yang rajin menjenguk, menjengah, mengintai or menerjah blog cik mi💓😁

seyes say, cik mi bukan jenis hadap laptop 24 hour untuk memblogging or berfb bagai, masa yang terluang banyak digunakan untuk family dan project spa bergerak cik mi. so memang agak sukar sebenarnya nak memblog, tambahan nak dapatkan mood dan feeling memblog tu bukan mudah...hehe, alasan!👻👻
Ehhhh walaupun jarang hapdet itu tidak bermakna spa tutup ye, masih aktif beroperasi. so uols yang berminat boleh wa/pm cik mi. 

Foto Abeer Mobile Spa.

Macam-macam service cik mi buat. ada rawatan bekam sinergi, bekam aura seri wajah, urutan tradisional melayu wanita, urutan terapeutik, penjagaan postnatal, bertangas, bertungku, body scrub, mandi bunga, mandi herba, mandi susu, facial treatment dan foot spa. haaa paling best, semua service di bawa ke rumah uols! tak perlu susah-susah keluar drive, pastu jenuh pusing satu banggunan nak cari parking punya pasal. tu belum pening pale nak cari pengasuh jaga anak, nak harap tok laki pun dia keje ye dop?? 
haishhh cik mi sendiri penah lalui situasi yang sama. so skrg supermak or supergirl tak perlu dah menyusahkan diri just call cik mi founder Abeer Mobile Spa untuk dapatkan service spa di rumah uols! tekan laju -laju no tel 018-3153495. 

 Foto Abeer Mobile Spa.

supermak dan supergirl plz stay tuned sampai habis ye sebab kali ni topik best cik mi nak share tentang rawatan bekam iaitu rawatan alternatif bagi membantu menyembuhkan tubuh.
 rawatan bekam ini, terbaru telah terbukti secara saintifik mampu menyembuhkan penyakit.

Foto Abeer Mobile Spa.

Foto Abeer Mobile Spa.

Foto Abeer Mobile Spa.
  alkisahnya, macam mana cik mi bole terbabit jadi jurubekam. kisahnya ada sekali tu badan cik mi rasa sakit dan lesu sangat. tubuh rasa berat walaupun cik mi dah cukup jaga pemakanan, amalkan suplemen, minum air secukupnya..semua tu cukup cik mi jaga tapi tubuh ni masih berlarutan sakit dan berat. so cik mi pun tanya orang-orang yang lebih berpengalaman, jowang bagitaw perkara ni memang normal bagi si 'tukang urut', macam cik mi ni laaaa. tetttt! 

sebab kerja mengurut ni, bukan setakat kita membantu melega dan mengurangkan sakit pada tubuh customer tetapi dalam masa yang sama, si tukang urut akan 'absorb' segala aura/energi negatif dari tubuh customer...pfffttt !
thats why sesetengah tukang urut ada yang mengamalkan pengeras dan sebagainya untuk 'cut' balik aura/energi negatif dari tubuh customer. ouuu gitcheww citenyer. adehhhh la, cik mi takde la plak pula belajar pengeras ngan cikgu-cikgu cik mi melainkan amal beberapa potong ayat quran dan surah. 
tapi mungkin cik mi masih baru dalam dunia ni, mudah-mudah saje ter'absorb' aura negatif ni. 
dipendekkan cerita ada sorang sahabat ni suggest supaya berbekam, omaigaddd biar betik.. 
puas memikir 3 hari 3 malam hehe nak decide bekam je ponnn. 
disebabkan badan ni dah tak tertanggung sengsara terus cik mi bekam full body plus bekam aura seri wajah lagi! haaa penangan memikir 3 hari 3 malam ko..sekali ku tibai complete..
ALHAMDULLILLAH lega, puas hati...malam selesai rawatan bekam tu, masyaAllah tidur lena...sedap sangat. rasanya dah lama tak dapat tidur lena camtu. 2-3 hari selesai bekam tu tubuh ada sakit-sakit kesan bekam tu tapi sakit sakit macam kena gigit semut je. dasar manja punya badan!.😌 
dan dalam tempoh 3-4 hari lepas bekam tu, sumpah! tubuh ni lagi lesu..lagi mlas..asyik nak melekat atas tilam je. sampai tahap paksa diri sarung baju heret kaki ni pergi keje taw hahaha.teruk!
 masa tu terpikir, jurubekam ni salah bekam ke tubuh aku??
haishhh jem kalau lagu ni. syukur masuk hari 5, tubuh rasa segar! energy naik mencanak-canak..rasa nak pecut lari keliling kem setelah sekian lama tubuh menanggung seksa. punya la segar dan sihat rasa tubuh ni. hilang segala sakit, bisa dan berat kat tubuh ni.
patutlah Rasullullullah s.a.w menyarankan semua umatnya mengamalkan bekam. Allahu! 
dan itulah titik mula terbuka hati cik mi untuk belajar bekam, sebab cik mi dah rasa 'nikmat' rawatan bekam.
cik mi pun guna tabung spa untuk modal kursus bekam sinergi formula sembuh di SPA AR RAYYAN.
kelas memang limited, dalam 15 orang tetapi tenaga pengajar 3 orang ko! buku nota complete, penerangan diberi secara terperinci, nampak keikhlasan tenaga pengajar kat situ. 
 ehh lupa nak bagitaw, kesan bulat-bulat lebam bekas bekam kat badan tu 8 hari gak nak hilang sebab tubuh cik mi memang dah teruk sangat, jurubekam tu dah 15 tahun wat rawatan bekam ni..so dia dah banyak pengalaman. dia bagitaw tubuh cik mi teruk dah ni, sampaikan dia tanya cik mi kerja apa?? jawab tentera...dia berkerut dahi dengar..terus cik mi sambung part time spa dan tukang urut...terus dia jawab..haaaa patut la,acik dah agak, kalau tubuh kesanlebam teruk camni biasanya kerja-kerja si 'perawat'. 

Foto Abeer Mobile Spa.

Foto Abeer Mobile Spa.
Uncle baju hijau tu sanggup datang dari singapore semata-mata untuk belajar ilmu bekam di SPA AR RAYYAN yang memang viral dan popular di fesbuk ni. retis semua buat kat sini. uols pun boleh datang kalau nak rasa service bekam kat spa AR RAYYAN. tempat i cik mi berani jamin memang puas hati, layanan mesra, staf nya semua ramah, ruang yang selesa, bersih, ada surau complete. tak pernah lagi dengar feedback negatif tetang spa ni. tu salah satu faktor yang menarik minat cik mi untuk belajar di sini.


  hokkey kita stop takat tu, kalau nak cite satu-satu pengalaman cik mi ni bab bekam ni mau 7 hari 7 malam tak habis-habis menaip..muntah belahak pulak depan laptop ni.

next! jom kita sambung study ilmu bekam ni.

Foto Abeer Mobile Spa.


Soalan-soalan lazim mengenai berbekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?

Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?

Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.


4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?

Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?

Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut2.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?

Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?

Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?

Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?

Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?

Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.

Foto Abeer Mobile Spa.


Foto Abeer Mobile Spa.

 so uols tunggu apa lagi, jom lets bekam! sihat dapat, segar dapat, cantik pun dapat!
jom kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasullulullah s.a.w

Foto Abeer Mobile Spa.

Foto Abeer Mobile Spa. 
Foto Abeer Mobile Spa.

haaa tadia! 
harga terlajak murah!

now uols bole mendapatkan rawatan bekam dengan harga paling murah RM 5/per cup.
 minima 10 cup ke atas.
Kalau nak lagi murah, ajak kengkawan bekam berjemaah, cik mi bagi harga kasih sayang peluk cium gitu. Ajak 5 orang cik mi bg bekam badan 'free' kat awak!

Service di bawa ke rumah customer.
Pilihan tempat ikut keselesaan customer.

Oppp ada lg!Paling best! Cik mi turut juga menerima booking slot untuk orang tua kesayangan uols juga taw! hanya perlu pastikan terlebih dahulu tahap kesihatan dan jangan lupa dapatkan persetujuan dari kedua orang tua ye. Selepas tu just buat bayaran ke akaun cik mi, atau boleh bayar terus ke cik mi. Kita akan booking 1 slot yang sesuai dan cik mi akan terus ke rumah orang tua uols. 


tak perlu ke kedai, just call mobile bekam/bekam bergerak by cik mi founder abeer mobile spa!

PM/WA 018-3153495
Jurubekam Anda - cik mi founder Abeer Mobile Spa
Abeer Cupping Therapy

Cover Area Sungai Besi, Desa Tasik, Sri Petaling, Cheras, Setapak, Wangsa Maju.Bukit Jalil. 

yes, uols juga bole dapatkan stok suplemen shaklee  dari cik mi anytime, kedai buka 24hours!
  shaklee by cik mi!

thanks again, jumpa next post!
insyaAllah


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ummi Nad'rah Abbas_AbeerMobileSpa © 2016 | Design by Pawona Kreatif