Tips Agar Mata Cantik Segar Mempesona Pandangan - Self Spa by Cik Mi



Assalammualaikum dan selamat malam ols!!!
Hope semua sihat sokmo ye😊

Fuhhh, baru selesai siapkan hadiah untuk Aniq dan Seif untuk bawa ke sekolah sempena Hari Guru esok..
dah seminggu dok remind cik mi..'ibuuuu...hadiah untuk cikgu jangan lupa ya!'.
Alhamdullillah siap, anak-anak pun tazabarrr nak bagi hadiah untuk cikgu esok.

Ok tutup cite bab hadiah tu, kita buka cite cantik..bak kata nur sajat, lets cantik!
sebut bab cantik ni, tahu tak mata ni main peranan paling penting?
Sape antara kita yang ada masalah mata letih? bengkak? eyebag? mata panda? 
garis halus bawah mata dah mula kelihatan?
daging di bawah mata dah mula kendur??? omaigaddd yang ni cik mi paling takut! lagi-lagi kendur sebelum waktunya..takmo2, mimpi ngeri!😖

Tengok orang lain, mata cantik elok memukau. kerlingan mata, lirikan manja fuhhh bole bawa maut! 
betul la orang kata, dari mata jatuh ke hati
Tapi bukan dari mata panda..mata biawak, mata cengkawak 👻 atau mata kendur sebelum waktu...
Kita tengok mata orang cantik mempesona, kita pun nak juga kehnn.
Tak salah dik nonn oiii, sape tak nak cantik?
Allah jadikan setiap wanita tu dah tersedia cantik kejadiannya, kita hanya perlu jaga.

so kali ni, cik mi ingin kongsikan sedikit ilmu yang ada bagaimana ingin mendapatkan
Mata Segar Mempesona Pandangan!
aummm, baca tajuk jew je dah terpukau nokkk.

Sebelum tu, kita study sikit punca eyebag, mata panda dan bengkak ni hokkey.
Antara punca-punca masalah eyebag dan mata panda (lingkaran hitam bawah mata). 
  •  Keturunan
  • Alergic atau alahan disebabkan tabiat suka menggosok kulit disekitar mata akibat tersalah makan yang tidak sesuai dengan tubuh badan, meneyebabkan darah memenuhi pembuluh bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan gelap.
  • Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin PC atau Laptop. Bagi sesiapa yang suka on9 memanjang tu, jangan nak buek tokojot kalau ada eyebag bawa mata disebabkan mata letih dan kurang rehat.
  • Anemia iaitu kekurangan darah/zat besi pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengambil supplemen yang sesuai. 
  • Masalah toksin berlebihan dalam badan akibat tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan racun terkumpul dan tidak dapat dicernakan dengan baik sekaligus menyebabkan kulit di sekitar mata kelihatan hitam dan lebam.
Tips bagaimana mendapatkan Mata Segar Mempesona Pandangan
dengan mudah dan berkesan!
  • Tidur dan rehat secukupnya.
  • Elakkan menghadap PC/Laptop dalam tempoh jangkamasa yang lama.
  • Elakkan tabiat suka menggosok kulit mata.
  • Detoks.
  • Ambil supplemen tambahan yang sesuai.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Sapu eye cream atau eye treatment. 
  • Letakkan uncang teh atau cucumber pad pada mata bagi melegakan otot di sekeliling mata.
 Nak jimat? jom kita buat sendiri Cucumber Eye Pads
Cucumber Eye Pads ni adalah tips paling murah dan mudah untuk dapatkan 
Mata Segar Mempesona Pandangan!
dan kalau uols sume nak taw, ini juga rahsia gadis korea dan japan menjaga kecantikkan mata mereka taw! 
Letakkan Cucumber eye pads pada mata selama 15 minit dan sapu eye cream sebelum tido.
Malam ni kita semua pakat buat, mana taw esok pagi bangun tido, mata jadi cantik macam retis korea Han Ga in! 
jom kita rembat timun mak yang ada kat dapur nuhh, dah esok sesubuh sapie membebel la orang tua tu cari timun nak buek nasi lomak takdo.
haa, takpe..akak buat akak tanggung..nak cantik punya pasal, tahan telinga.


 Gambar sumber google :)


Potong nipis2 timun tu, cik mi guna sebatang jew cukup. tu pun dapat banyak.
Campur dengan sedikit air, better guna air coway/mineral.


Dah blend halus, tapis dan tuang dalam mangkuk. 
Lebih air timun tadi jangan buang, kita bole buat 'ice facial'.
Nanti cik mi akan tnjuk cara bagaimana untuk buat 'ice facial'.
Dah 'ice facial' pulakkkkk...hihi


Sediakan bekas tupperware bertutup, plastik kecil dan kapas muka.


Ambil kapas, dan rendamkan dengan air timun tu satu persatu. Setiap satu kapas tu kita masukkan dalam plastik yang berasingan. ini bagi mengelakkan kapas tu melekat jika diletak 2 helai dalam 1 plastik.


dah masuk plastik, kita susun cecantik dalam tupperware yang bertutup pastu kita letak dalam freezer. Kalau nak guna, keluarkan je berapa banyak kita nak guna, tunggu 10 minit selepas keluarkan dari freezer baru kita letak atas mata, biarkan selama 15 minit.


Selepas guna Cucumber Eye Pads, kita sapu eye cream atau eye treatment di bahagian bawah mata dengan cara dap dap gitew...atau guna je beauty tool ni..getaran yang dihasilkan dari beauty tool ni membantu penyerapan krim jauh ke bawah kulit.

Haaaa..senang ke idok??
Lepas ni kalau uols kerling, kompom cik abam tak jadi keluar umoh.
Bukan kata hati je bole jatuh..kaki pun bole terpelecok dek kerana kerlingan 
Mata yang Segar Mempersona Pandangan!

Orait, sebelum lupa, lebihan air timun tadi kita buat 'ice facial'. 
jangan membaziaqqq.
ice facial ni bagus untuk melancarkan darah, mengecilkan pori muka, mengurangkan penghasilan minyak 
di muka dan menegangkan kulit.


Tuang lebihan air timun tadi dalam bekas ice cube dan biarkan sehingga beku.


Dah beku, kita korek kuar, tadaa dah siap Ice Facial Cucumber.
 Jangan lupa asingkan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam freezer. 
Bak kata nur sajat, #LetsCantik...kita tenyeh ais kiub kat muka tiap pagi sampai beku!😂
 hokkey bye.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ummi Nad'rah Abbas_AbeerMobileSpa © 2016 | Design by Pawona Kreatif